kenapa rindu menggulung2 nih??

assalamualaikum..

sejak kebelakangan ini, saya sering sahaja teringat macam-macam perkara yang membuatkan saya rindu. seksanya menanggung rindu, hanya Allah yang tahu. rindu ini tidak di jemput, dan perginya tak berhantar. ia akan datang bila-bila masa ia mahu, menjadikan diri ini tidak begitu bersedia menempuhnya.

saat ini saya merindukan bacaan AlQuran saya dimarahi, ditegur dan diperbetulkan oleh syeikh. syeikh kelas talaqi waktu summer. dia lebih terkenal dengan nama syeikh garang, dan nama sebenarnya tidak berapa ramai yang tahu.

saya tahu pun apabila syeikh tanya, “kamu ada dengar bacaan syeikh hatem?”-saya angguk.

“syeikh al-ghamidi?” -angguk lagi.

“syeikh  muhammad hamid?” -geleng kepala.

“APA? kamu kenal tak siapa dia?(dengan nada marah tapi tiba2 tergelak2)”-saya geleng lagi.

“sayalah syeikh muhammad hamid..hahaha” -saya melopong.

okay..so nak ambil hati syeikh saya pun minta la kalau2 dia ada cd ke, mp3 bacaan AlQuran dia ke.. tapi tak ada.

syeikh seorang lagi, syeikh ahmad, macam ayah je. begitu lembut dalam menegur. kadang-kadang saya ingatkan dia tidur tapi bila saya tersalah, dia akan menegur bacaan saya.

syeikh ketiga, syeikh doktor. nama dia, tak sempat nak ingat. tapi dia memang seorang doktor graduan AlAzhar. dengar-dengarnya mendapat tempat ke-7 dalam batch nya. sekarang bekerja di emergency department, dan kadang-kadang dia akan datang membantu syeikh hamid jika tiada kerja semasa summer hari tu. sekarang tak tau di mana.

baru-baru ni syeikh muhd hamid ada berjumpa dengan syeikh hatem, yang bacaan AlQurannya terngiang-ngiang di mana-mana pun di iskandariah ini pada bulan ramadhan terutamanya. syeikh hamid dengan baiknya, meminta tanda tangan daripada syeikh hatem di atas senaskhah kitab bertajuk “ar-rasul al-qudwah”.

di kulit bukunya tertera: “hadiah min syeikh hatem, masjid al-qaid ibrahim… thalibah Doktorah Nadiah.”

inilah hadiah terbaik tahun ini. walaupun kitab ini berbahasa Arab dan sukar difahami, saya akan cuba melihat-lihat sedikit demi sedikit.

syukran as-shuyukh kerana membentuk akhlak dan mengajarkan saya kalamullah pada masa saya sangat memerlukan panduan dan ajaran. semoga Allah memberkati segala penat lelah shuyukh. Amin..

P/s: sekarang selalu terfikir..hidayah ke pulau pinang bersama rombongan sekolahnya, shafiq masih di asrama, ayah ke PD outstation, emak seorang diri di rumah kalau abang tak ada. nanti bila saya dah bekerja, macam tu kah keadaannya? tak sanggup saya membayangkan…isk.

4 responses to this post.

  1. Salam. Baguslah kalau rindu menggunung tu kat sheikh2 tu..risau juga kot2 rindu kami kat msia ni..I’m fine, dont worry.

  2. Viva Syeikh Muhammad Hamid! hehe, sgt best talaqqi dgn dia, tambahan i’m the only male student masa tuh, ouh, i got the same present also! ntahla bila nk baca buku arab tuh, tp hadiah dr syeikh tu, siap ada tandatangan Syeikh Hatem, ouh, kna baca ni~

  3. Posted by nadiahchem on November 24, 2009 at 9:48 pm

    haha… dgn talib, syeikh tu tak garang sangat. dengan talibat, adoi garangnya awal2 tu. siap pegang kayu panjang nak pukul. ada yg memang kena pukul pun, tp talibat dirasat la..
    syeikh dah bersusah payah bg hadiah tu, kena baca nih!

  4. Posted by iman nasuha on Disember 5, 2009 at 12:21 am

    salam chem..(atau kak chem kalau disebut oleh Syeikh Muhd)
    syeikh pesan kat tolib tolibatnye…
    bile da dapat buku tu..atau tgh bc buku tu..atau bile2 ms sj..mintak doakan dia…
    ud’ullaha li….berdoalah kpd allah utk aku
    kata nya..
    rbbna yusahhil chem

Balas kiriman ini