Duhai masa, seribu kemaafan aku pinta daripadamu
kerana kezalimanku terhadapmu
membuatkan hidupku kurang diberkati
dan masa, engkau juga yang paling berharga
setiap satu yang berlalu
bagai pasir terbang begitu-begitu
mustahil bagiku menangkapnya lagi
hanya ekor mata menghantar dengan pandangan sepi
Assalamualaikum wbt
sepanjang minggu lepas, saya berkampung di madinah al-kaherah untuk membantu AJK makanan dalam program sambutan mahasiswa baru kaherah dan sebahagian mahasiswa iskandariah.
kami bekerja malam hari, menghidangkan dan mengagihkan makanan berbuka, moreh dan sahur kepada adik-adik tersayang. satu demi satu memori di ARMA pada hari pertama saya sampai ke bumi anbiya’ terselak kembali. namun, saya ingatkan diri, semua yang terjadi dari hari pertama hingga ke hari ini, setelah 3 tahun berlalu, ya semuanya ada hikmah yang tersembunyi.
kadang kala terbit sesal di hati, namun cepat2 saya selitkan astaghfirullah sebagai teman. siapalah saya sebagai hamba ini untuk mempersoalkan, setiap perkara yang berlaku adalah aturan Tuhan yang menciptakan yang lebih -Maha- Tahu akan nasib hamba-hambaNya.
maka tempoh siang di kaherah digunakan sepenuhnya untuk mengenali kota itu sendiri, belajar naik teksi dan bas, belajar arah dan kedudukan tempat. pergi ke haiyu asyir, sayyida zainab, hussin dan sebagainya. AJK makanan dari kaherah juga sibuk. mereka sibuk mengambil kelas qiraat, membaca AlQuran bersanad, bahasa arab ammiyah dan seribu satu lagi ilmu berfaedah di bumi mesir ini.
terbit kekaguman yang tinggi, walaupun tempoh mereka berada di mesir lebih sekejap daripada saya, namun ilmu mereka lebih tinggi. semangat mencari ilmu mereka lebih membara daripada saya. terkesima seketika, bagaikan termasuk ke dalam lohong hitam dan tersingkap persoalan, “apakah yang aku lakukan dengan masa mudaku? melayan perasaan? mencari kegembiraan?”
Ya Allah, saya harapkan segala perasaan bersemangat ini akan kekal dan meningkat dalam jiwa ini sebagai hamba Allah yang ingin terus berusaha mencari redha Tuhannya.
buat ibu dan ayah tersayang, nadiah mohon maaf kerana tak pulang tahun ini. nadiah rasa inilah keputusan terbaik yang nadiah buat sepanjang tahun ini. semoga Allah bersama keluarga kita.
buat abang dan adik-adik tercinta, akak sangat sayang kalian. sekali lagi akak mohon maaf sebab tak dapat beraya bersama, atau mentarbiyah kalian walau 2 bulan dalam setahun. kerana diri kakak ini sangatlah fakir dan daif dalam tarbiyah. semoga tetapnya kakak di mesir ini, dapat membina fard Muslim (peribadi Muslim) yang Allah redha. doakan kakak, wahai adik-adikku yang masih putih bersih.
sukar sungguh untuk berhubung dengan keluarga sekarang, kerana saya telah ‘memotong’ line internet sejak 2 bulan yang lalu. alhamdulillah, keputusan itu banyak mengubah hidup saya. dan satu lagi rahsia, belajarlah AlQuran. ia akan menjadi pendinding daripada membuat maksiat dan dosa.
semoga tempoh 40 hari untuk mentarbiyah diri dapat memberi manfaat yang besar dalam hidup saya, dan semoga ia menjadi batu loncatan untuk mara dengan lebih laju dalam membentuk fard muslim yang sejati.
oh ya, tentang keputusan exam, alhamdulillah, semua pass walaupun bukanlah dengan ‘flying colour’.
saya tak berdoa untuk sebuah kejayaan naik tahun atau kejayaan lain. apa yang saya doakan adalah “ya Allah, berikan aku keputusan yang terbaik buat masa depanku dan sahabat-sahabatku”
namun apabila keputusan keluar, saya terpana seketika kerana tidak sedikit pun saya menyangka keputusan tersebut. saya sangkakan saya akan gagal 5 subjek. wallahu a’lam. akhawati, terima kasih kerana bersama saya semasa nini membacakan result saya. ya, result saya adalah result pertama yang dibaca. sujud syukur terus menyusul, dan pelukan gembira akhawat meraikan ‘perlepasan’ saya. walaupun begitu, saya masih di awang-awangan, benarkah ini?
jazakunallah untuk doa-doa daripada anda yang berdoa. rasanya tak perlu dinyatakan di sini siapa, kerana andai ingin saya taip satu demi satu, mungkin juga akan penuh 1 muka surat dengan nama-nama mereka.
hanya Allah yang membalas kebaikan kalian.
mungkin saya tidak pandai berbudi bahasa dan bermanis kata, namun jika kalian lihat air mata yang menitis saat ini, kalian akan tahu betapa saya menghargai kalian.
satu pinta saya, ingatkan saya, marahlah saya, tariklah saya, jika saya jatuh lagi. usah biarkan saya, usah takut dengan saya, usah fikir apa reaksi saya jika kalian menegur saya ketika saya terleka. tolong saya, tolong nasihati saya.
akhir kata, ampunkan dosa-dosa saya, dan selamat hari raya.
Ya Allah, terimalah ibadah puasa kami, terimalah tarawih dan qiam kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimlah taubat kami, amin ya Rahman ya rahim…
wassalamualaikum wbt
kata orang...